++tagline meKar++

lensa meKar

Salah seorang gurukah?


Seorang ahli perniagaan berkata “ Wajarkah seorang guru mencubit anak aku gara-gara tidak membawa buku teks? Sepanjang hidup, aku tidak pernah menangankan anak aku apatah lagi mencubit!
Jika dicubit, dirotan atau didenda sekalipun, adakah itu salah jika bertujuan mendidik atau menunjukkan jalan yang betul?
Pesan ibu kepada lima orang anak kepada seorang guru kelas, “ Cikgu, kalau anak saya nakal di dalam kelas, cubitlah dia atau maklumkan kepada saya.
Seorang guru mendenda atau merotan bukanlah satu perbuatan yang kerap atau menjadi rutin setiap kali masuk ke kelas, cikgu manakah yang suka memarahi atau mendenda anak muridnya. Jika benar kelas itu menjadi haru-biru, salahkah seorang guru membetulkan keadaan supaya kepada normal. Tetapi adakah sekadar ‘ Okay, anak-anakku..semua diam (nada yang lembut). Adakah pelajar itu kembali reda? Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak? Bagaimanakah caranya? Tanyalah kepada yang arif.
Persoalan sebenarnya adalah, sejauh mana didikan mendenda atau merotan mendidik anak bangsa hari ini?
Pelajar cemerlang 10A SPMTerima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu saya mencapai kejayaan ini. Berkat doa ibu-bapa, guru-guru, rakan-rakan, inilah hasilnya
Kejayaan seorang anak murid merupakan satu bonus kepada seorang guru dan air mata seorang guru melihat anak muridnya berjaya merupakan air mata kegembiraan yang berharga seperti melihat anaknya sendiri. Di manakah mereka sekarang setelah keluar dari sekolah? Adalah mereka ingat gurunya setelah 10 tahun nanti?
Pelajar selalu dirotan dan didenda di sekolah
Cikgu ingat lagi tak saya? Ala..yang selalu cikgu rotan kalau saya tidak siap kerja cikgu bagi..yang cikgu selalu panggil Pak Tam tu..saya kan pelajar yang paling cerah dalam kelas tu
Sememangya inilah ungkapan yang mahu seorang guru ingin dengarkan, panggilan keramat ‘CIKGU’ walaupun sudah berpuluh-puluh tahun keluar dari sekolah. Pelajar inilah sering mengingati cikgu yang selalu menghukumnya kerana dengan merotan dan mendenda itu mengajar mereka apakah erti kehidupan seorang pelajar. Jika anda bersetuju, berapa ramaikah guru yang anda ingati? Sudah pasti cikgu yang selalu memarahi kita atau kerap mendenda kita kekal terpahat dalam memori kita. Setujukah anda?

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
6 Responses
  1. nama merupakan rekaan semata-mata dan gambar sekadar hiasan..tetapi jujurnya Pak Tam kekal dalam memori cikgu...All da best to Pak Tam

  2. gravatar intan_suffina

    stuju sgt...ckgu yg grg mesti akan ingt pnya...coz diorg yg bnyk sedarkan kita...

  3. go cikgu abadi go!ahahahah!

  4. lagi..pina..takpe2...nnti tengok lain tau..terima kasih 4 ur supporting

  5. to amin...thank you 4 ur supporting..u too..wish u all da bes

Leave a Reply

kenangan terindah