++tagline meKar++

lensa meKar

Archives

1st Baby...Modul Mekar Science Form 1

alhamdulillah...modul ini dapat disiapkan sepanjang 3minggu terperam semasa cuti sekolah...dah lama inginkan modul yang lengkap...terima kasih diucapkan kepada pihak Mozac kerana menyumbangkan soalan-soalan Trial PMR 2009 dan 2008 dari seluruh negeri...modul ini mengandungi 7 bab semuanya..merangkumi setiap subtopik dengan format PMR yang terkini..diharapkan kepada cikgu-cikgu/ anak-anak didik dapatkan naskah ini pada link di bawah. diharapkan kalian semua memberikan sedikit sebanyak komen untuk penambahbaikan pada masa hadapan...di sinilah era pasca sains bermula...sebar tebar lah ilmu yang ada....agar semua terus berMEKAR...........Mudah-mudahan

Link dapatkan modul : MODUL meKar SCIENCE FORM 1 2010

tabir 2010 hampir pasti....

assalamualaikum dan salam sejahtera semua....sekolah makin mula berinjak ke sesi yang baru...mulakan dengan azam dan harapan yang baru...Alhamdulillah...tabir 2010 mula menampakkan sinarnya tidak lama lagi..justeru, ayuh rakan-rakan semua terutama anak-anak didik saya dari SMK Pauh Jaya, SK Bukit Gasing ataupun di SMK Raja Jumaat terkini...sama-sama bergading bahu bagi merealisasikan setiap titip doa ibu bapa kita supaya peroleh kejayaan...kejayaan tak akan datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan..sebagai cikgu...kejayaan anak-anak tidak menyusul andai kata kita alpa dan leka dengan urusan yang mengganggu gugat kita...justeru, ayuh...tekadkan semangat..bulatkan keazaman..kita terus menuju ke arah jalan yang sama dilalui oleh insan yang berjaya hari ini...mereka juga berkorban danpenat lelah mereka terbayar dengan usaha keringat mereka...apa kita termenung lagi....pastikan tahun 2010 tahun gemilang kita..amin....