++tagline meKar++

lensa meKar

Archives

Salah seorang gurukah?


Seorang ahli perniagaan berkata “ Wajarkah seorang guru mencubit anak aku gara-gara tidak membawa buku teks? Sepanjang hidup, aku tidak pernah menangankan anak aku apatah lagi mencubit!
Jika dicubit, dirotan atau didenda sekalipun, adakah itu salah jika bertujuan mendidik atau menunjukkan jalan yang betul?
Pesan ibu kepada lima orang anak kepada seorang guru kelas, “ Cikgu, kalau anak saya nakal di dalam kelas, cubitlah dia atau maklumkan kepada saya.
Seorang guru mendenda atau merotan bukanlah satu perbuatan yang kerap atau menjadi rutin setiap kali masuk ke kelas, cikgu manakah yang suka memarahi atau mendenda anak muridnya. Jika benar kelas itu menjadi haru-biru, salahkah seorang guru membetulkan keadaan supaya kepada normal. Tetapi adakah sekadar ‘ Okay, anak-anakku..semua diam (nada yang lembut). Adakah pelajar itu kembali reda? Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak? Bagaimanakah caranya? Tanyalah kepada yang arif.
Persoalan sebenarnya adalah, sejauh mana didikan mendenda atau merotan mendidik anak bangsa hari ini?
Pelajar cemerlang 10A SPMTerima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu saya mencapai kejayaan ini. Berkat doa ibu-bapa, guru-guru, rakan-rakan, inilah hasilnya
Kejayaan seorang anak murid merupakan satu bonus kepada seorang guru dan air mata seorang guru melihat anak muridnya berjaya merupakan air mata kegembiraan yang berharga seperti melihat anaknya sendiri. Di manakah mereka sekarang setelah keluar dari sekolah? Adalah mereka ingat gurunya setelah 10 tahun nanti?
Pelajar selalu dirotan dan didenda di sekolah
Cikgu ingat lagi tak saya? Ala..yang selalu cikgu rotan kalau saya tidak siap kerja cikgu bagi..yang cikgu selalu panggil Pak Tam tu..saya kan pelajar yang paling cerah dalam kelas tu
Sememangya inilah ungkapan yang mahu seorang guru ingin dengarkan, panggilan keramat ‘CIKGU’ walaupun sudah berpuluh-puluh tahun keluar dari sekolah. Pelajar inilah sering mengingati cikgu yang selalu menghukumnya kerana dengan merotan dan mendenda itu mengajar mereka apakah erti kehidupan seorang pelajar. Jika anda bersetuju, berapa ramaikah guru yang anda ingati? Sudah pasti cikgu yang selalu memarahi kita atau kerap mendenda kita kekal terpahat dalam memori kita. Setujukah anda?

Chapter 6-Electrochemistry


ALHAMDULILLAH..

Selama tiga hari..modul mekar Kimia Chapter 6-Electrochemistry berjaya disiapkan..Bab ini sebenarnya agak sukar difahami sekiranya dibaca sekali pandang dan masih keliru yang mana dikatakan elektrolisis atau elektrokimia. Alhamdulillah setelah perancangan dan bahan-bahan yang sesuai, modul mekar ini terhasil. Nota ini lebih menjurus ke arah Q and A dan ber44cerita segala proses melalui gambar atau diagram. Semua ini demi memudahkan para pelajar untuk melihat perbezaan dan soalan yang berkemungkinan (related questions) yang kebiasaannya keluar dalam peperiksaan.


Nota ini sebenarnya boleh juga diupload/dimuat turun kepada para/bakal guru yang ingin menemu duga kelak..ini disebabkan tajuk Electrochemistry cukup popular untuk disoal oleh penemuduga. Mereka ingin menguji sejauh mana kefahaman kita terhadap topik ini. Oleh itu, manfaatkan ilmu ini dan sebar-tebarlah modul ini. Semoga terus bermekar..

Kepada para pelajar, anak-anak didik khusus 4 Ghazali semoga manfaatkan segala ilmu yang ada dan perbanyakkan latihan.

Semoga sukses selalu

Klik di sini untuk dapatkan modul tersebut