6 years ago
lensa meKar
get myspace layouts
Esok paper matematik, alamak! Jawabnya aku terpaksa tekun dan pulun habis-habis buat latihan malam ni. Bersekang mata sungguh buat ini, mesti kena skor kalau tak Cikgu Hamid konpem rotan kalau fail ni, mampus la…bukan main aku pulun habis cam terseksa ditelaahnya. Sekali baca, faham, sekali buat, okay lagi..kalau dah banyak-banyak aih naik jemu juga…main internet sat, release tension..mana boleh stadi jer, pecah la otak jawabnya..hari makin larut, aku duk asyik layan internet ni..Ya Allah, dah pukul 11, esok pagi kena bangkit awal ni. Terus dangkap bantal busuk ku dan terus lena dibuai mimpi. Esok paginya di sekolah, biasa la..aku jawab sepenuh jiwa raga soalan matematik..ish..macam pernah tengok soalan ni, tapi macam mana jalan kiranya? Lupa2 (sambil ketuk2 kepala). 2 jam aku mengadap kertas matematik tanpa jemu tanpa benci walaupun hakikatnya terpaksa. Terbayang Cikgu Hamid pegang rotan la pulak..akhirnya aku berjaya hantar jawapan tu, Alhamdulillah, bukan aku seorang jer yang cakap susah, ramai betul. So, tak perlu risau, maknanya bukan aku jer yang tak pandai, soalan tu yang musykil..entah betul atau tidak. Dua hari selepas tu,Ya Allah, aku fail! Biar betul? Aku punya stadi pulun giler2..ni jer hasil aku dapat? 25% ! selepas aku menemuramah semua rakan aku dalam kelas, rata-rata hampir 80% fail! Wow..gembira aku, bukan aku jer yang fail, ramai betul..so aku bukan yang paling tuuuuuuuuuuut dalam kelas…Moral of da value!
Pilih la jalan yang ramai ahlinya itu betul tapi sedarkah anda, siapa penghuninya? Justeru, jangan sesekali anda berada safe place dan satu perkara lagi kalau ada seribu pelajar, U are da best! Kalau ada sepuluh, U are da best, kalau ada tiga, U are da best! Kalau seorang, maka itu adalah kamu! Fikir-fikirkan, buka hati biar ia mekar…
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses